29 Jul 2018

Premium Beautiful Expert : Business Preview Melaka




Tanggal 21hb Julai 2018, kami Premium Beautiful Expert mengadakan satu Business Preview di stokis SHOM Melaka.

Kat sini selalunya diadakan beberapa slot untuk menerangkan mengenai produk dan jugak cara untuk berbisnes. Terbuka kepada mereka yang baru maupun yang dah lama menjadi usahawan Shom. Sesi ni macam refresher program la jugak untuk kami Premium Beautiful Expert ni.

Untuk kali ni, zati diberi kepercayaan oleh mentor zati DDM Salina Salleh aka Kak Dyna untuk slot Premium Beautiful real testimoni. Wahhh terus berdebar bila mentor inform kena present. Apa la nak cerita nanti. Berdebar tu memang confirm lah 😀

Memandangkan Jumaat tu masih kena keja & isaac pun sekolah lagi, kami bertolak Sabtu pagi. Seawal 7am dah bertolak, sedang eloklah sampai sana sebelum pukul 10am.

Sampai kat stokis terlewat dalam 5-10minit macam tu, sebab ada kelewatan yang tak dapat dielakkan. Kelas dah mula. Cuak la jugak. Ye la sebab kena presentkan.

Slot pertama dimulakan dengan product knowledge. Disampaikan oleh direct mentor zati, Ieka Kimieka berkenaan Premium Beautiful Corset.



Banyak info yang diberikan masa presentation pasal korset viral Premium Beautiful ni. Bila dah pakai dan dah rasai korset Premium Beautiful ni, selalunya memang apa yang disampaikan mesti dari hati. Ieka ni jugak adalah testimoni untuk ibu yang bersalin czer pakai Premium Beautiful korset sebagai bengkung. Berat badan turun cepat dan bentuk badan cepat terbentuk bila pakai masa time berpantang. Bukan setakat bentuk badan dan berat badan, luka jahitan czer pun cepat baik. Memang terbaik lah Premium Beautiful ni digunakan sebagai ganti bengkung tradisional tu.

Ni muka tengah kusyuk dengar sambil jantung berdebar 😆


Selesai slot product knowledge Premium Beautiful, slot real testimoni pulak.

Maka berdirilah zati buat pertama kalinya sejak join bisnes SHOM ni di hadapan rakan-rakan niaga SHOM yang lain. Basically apa yang zati sampaikan hari tu adalah pengalaman zati sendiri pakai korset viral ni. Boleh baca kat sini asal macam mana zati boleh terjebak pakai korset Premium Beautiful ni.




Sampai sekarang memang zati tak menyesal spend untuk beli korset Premium Beautiful ni. It is worth every single sen tau. You'll get your dream body shape (almost.. masih perlu dikecikkan lagi sebenarnya) and you'll get better health. Lots and lots of improvement in health actually. Bagi zati sendiri, selain problem sakit belakang dan berat badan, problem period, senggugut, white discharge dah makin berkurangan sejak tukar ke baju dalam Premium Beautiful ni.

Ye, cuma tukar je baju dalam yang biasa kita beli kat mall tu ke Premium Beautiful korset ni. Alhamdulilah sejak daripada tu banyak perubahan positif berlaku.

Itu dari segi pemakaian Premium Beautiful. Dari segi keusahawanan pulak, alhamdulillah. Tak sangka bila kita dah pakai korset viral ni, ramai juga bertanya-tanya dan beli Premium Beautiful ni walaupun harganya cecah 4 angka.

Dalam bisnes bermentor ni, apa yang ditunjuk dan diajarkan oleh mentor tu, kalo dibuat insyaAllah akan dapat hasilnya. Makin seronok tau sebenarnya bila kita dapat hasil daripada apa yang kita buat. Formulanya adalah ILMU (belajar dan mahirkan perihal produk, dan strategi bisnes), BERTINDAK (buat dan share dengan sesiapa saja apa yang dah dipelajari) dan last sekali RUJUK (selalu refer back kepada mentor atau sifu dalam bisnes ni supaya tak langgar dinding 😀, maksudnya supaya apa yang kita buat tu betul dan tak tersasar daripada apa yang perlu kita capai)

Dan slot last sekali semestinya daripada mentor-mentor zati sendiri. Butir-butir kata yang keluar daripada mulut dan hati diorang ni memang best. Sentiasa bagi semangat dan inspirasi kat anak-anak protege ni. Inilah peluang kaut ilmu dan pengalaman daripada mentor yang dah lalui segala macam asam garam dalam bisnes ni. 



Itu saje sedikit perkongsian pasal business preview di Melaka aritu. 

Nak join team zati atau nak cuba produk-produk Sahajidah Hai-O, boleh wasap terus zati 013-3333446.







No comments:

Post a Comment

Thera Vest - Vest terapi badan dari SHOM

  360 Thera Vest ni adalah salah satu revolusi dari jenama Premium Beautiful. Sebelum ni dah ada 360 Therapants, yang ini adalah pasangan di...