20 May 2018

Travelog by Premium Beautiful Expert - Bali 2018 - Day 2.. continue

Hai uols 😀

Entry ni adalah untuk sambungan cerita Zati ke Bali bulan hujung April 2018 aritu. Sambungan untuk hari ke-2.

Lepas minum kopi luwak (not me but my asben 😁), perjalanan diteruskan ke Tegallalang Rice Terrace. Ini adalah kawasan sawah padi yang bertingkat-tingkat di Ubud. Setiap terrace tu kecik je sebenarnya. Sangat unik.

Ni je gambar yang ada kat kawasan sawah padi ni. Sebab masa keluar dari kereta, si Isaac ni dah terjatuh, luka sikit lutut & betis dia. So takde la nak turun sampai ke bawah tu.



Kat bawah tu pun sebenarnya ada swing/buaian sebagai tourists attraction. Sebab kawasan ni berbukit, jadi sesuai la buat swing tu, amik-amik gambar. Cantik pemandangan sini sebenarnya.

Sepanjang jalan ni ada kedai-kedai jual cenderahati & arts Bali dan juga kedai-kedai minum. Jeling-jeling je tengok barang kat sini 😀


Seterusnya daripada sini kitorang menuju pulak ke Air Terjun Tegenungan.


Best je nampaknya air terjun tu. Tapi nak turun ke bawah tu agak jauh jugak. Bila tengok anak tangga yang bertingkek-tingkek tu, maka hasrat nak turun ke bawah tu terus hilang 😝 Ramai yang mandi bawah tu especially tourists.

 

Muka masing-masing nampak comot je masa ni. Dah penat sebenarnya 😀

Kat sini pun banyak jugak gerai-gerai makan & cenderahati. Barang yang dijual pun sama je kat mana-mana tempat. So simpan dulu duit ye Zati 😬

Hari pun dah hampir malam. Perut kena diisi. Masa ni memang dah terasa lapar.

Sebelum balik ke hotel, Pak Joni bawak ke restoran Warung Nasi Tempong Bu Indra. Restoran di area Kuta.




Makanan sini macam ayam penyet jugak. Beda nya sayur nya direbus. Tu kata Pak Joni 😊
Ramai orang kat restoran ni. Orang tempatan pun ramai, tourists pun ramai. So for sure la sedap kan.



Zati order ikan talapia goreng, yang lelaki 3 orang lagi tu order ayam goreng. And kopi hitam adalah wajib. Sini panggil kopi hitam kalo nak kopi O 😁


Here they are.. bismillah


Sambal dia fuhhhh mengancam sungguh. Keluar abis air mata & air hidung bila makan. Pedas.. Cuma hari tu tempe goreng dah abis. Makan untuk kat situ untuk 4 orang dalam IDR 750k. Truly recommended restoran ni kalo uols datang Bali.

That's the end of Day 2. Esoknya sambung aktiviti lain pulak. Stay tune 😘

No comments:

Post a Comment

Thera Vest - Vest terapi badan dari SHOM

  360 Thera Vest ni adalah salah satu revolusi dari jenama Premium Beautiful. Sebelum ni dah ada 360 Therapants, yang ini adalah pasangan di...