Ni first time Premium Beautiful Expert Zati nak buat travelog. Dah alang-alang ada blog kan, so buat je la entry pasal bercuti pulak kan 😀
Hujung April aritu pegi la kami bertiga ke Bali. Trip ni sempena birthday Isaac yang ke-7. Dia kata dah lama dia tak naik aeroplane. Dia nak makan atas aeroplane, minum jus, tengok tv...amboihhh macam la kat umah tak buat benda-benda tu semua kan 😄
Disebabkan memang kitorang pun dah lama tak travel guna passport ni, and sementara belum expire lagi, so we chose Bali for the destination.
This is our 2nd time to Bali. Mula-mula dulu masa baru kawin. Kononnya honeymoon la tu. Tapi macam tak honeymoon je sebab ada lg 4 orang member en somi dalam trip tu. Itenary pun ikut dorang je.
Our flight dari KLIA ke Denpasar, Bali jam 9am. Sesudah subuh bertolak dari umah. Disebabkan flight hari tu overbooked, kitorang dapat seat asing-asing. Isaac duduk dengan daddy dia. Tengok la muka tak puas hati tu. Sebabnya flight ni takde TV, takleh la dia layan movie. Lepas makan nasi lemak (bukan nasi lemak telanjang ye.. kali ni sedap & lengkap 😉), tros dia tido sepanjang lebih kurang 3jam tu.
Kitorang awal-awal lagi dah book supir. Amik supir yang sama masa datang honeymoon dulu, Pak Nur. Unfortunately, masa kami sampai kat Ngurah Rai Airport tu bukan Pak Nur supirnya. Pak Nur diarahkan untuk bawak rombongan yang lagi besar seramai 25 orang pelancong. Jadi kami dapat anak sedara dia, Joni namanya. Bayaran untuk Pak Joni adalah RM410 untuk sepanjang 5 hari kat Bali ni. Kitorang bayar pakai MYR je. Disebabkan dah kenal & deal dengan Pak Nur masa kat Malaysia lagi, jadi dia tak kisah duit tu dibayar masa hari sampai di Bali. Untung la Pak Joni tu sebab currency tengah tinggi masa tu.
Sementara nungguin Pak Joni sampe, kita bergamba yuk 😀

Airport Ngurah Rai Bali ni terletak di Denpasar, ibukota Bali. Bali ni sebuah pulau terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. So kalo nak ke Lombok, boleh juga melalui Bali ni. Naik feri.
Majoriti penduduk Bali ni beragama Hindu. Agama Islam hanya minoriti saje. Boleh nak dikatakan di bumi Bali ni penuh dengan patung-patung dewa dewi agama Hindu dan kepercayaan kaum mereka.Tempat-tempat pelancongan pun kebanyakkannya temple-temple je.
Pastu jangan confius pulak ye, walaupun muka macam gaya muka kita orang Melayu ni, tak semestinya dorang tu Islam. Bab makan pun sama. Tak semua yang jual nasi tu adalah restoran/gerai orang Islam. So nak makan kat Bali ni memang agak susah. Itu sebabnya kitorang amik pak supir bila datang sini. Biar dia je yang carikan restoran mana yang halal 😉
Hotel, kitorang dah book awal-awal lagi dari Malaysia - Club Bali Family Suites @ Legian Beach. Hotel ni jenis family suite 1 bedroom. Boleh click kat link tu for detail ye.
Bilik dia lengkap dengan dapur dan segala alatan memasak pun ada. Cuma kettle dia je old fashion skit. Pakai kettle yang masak atas dapur gas tu 😜 Disebabkan hotel ni tak dijamin halal jadi kitorang tak amik pakej dengan breakfast. Bekpes tu nanti pandai-pandai la cari. Maka duduk la kami 4 malam di hotel ni.
Ni budak peghak jumpa bath tub. Siap boleh landing tengok tablet dalam bath tub tu.
Lepas 1 jam lebih rehat kat hotel, kitorang terus ke Uluwatu Temple for Kecak Dance. Datang Bali memang wajib tengok Kecak Dance ni. Entrance fee untuk masuk ke Uluwatu Temple ni IDR30,000 untuk dewasa, untuk kanak-kanak IDR20,000. Untuk tengok Kecak Dance ada bayaran lain, IDR100,000 per pax.
Kecak Dance ni adalah inspirasi gabungan ritual sanghyang (tarian tradisi Bali) dan sebahagian sejarah cerita Hindu, Ramayana. Nama Kecak sebenarnya adalah dari suara penari yang duduk di sekeliling api tu. Dorang sebut 'cak-cak cak-cak' beramai-ramai sepanjang show tu. So bila dengar lama-lama jadi la 'kecak'. Cuba korang sebut laju-laju.. jadikan bunyi kecak 😀
Ni pic yang kitorang amik masa tahun 2010 dulu (muka berminyak-minyak sebab panas 😆)
Yang sekarang ni kitorang tak sempat tengok. Tarian tu dah start bila kitorang sampai. Tapi sebenarnya memang taknak bagi Isaac tengok pun sebab dia ni ada 6th sense skit. Nanti lain pulak jadinya 😖
So layan sunset & view laut je la kat sini.
Pak Joni tengah amik pic Isaac.

Dari Uluwatu ni, kitorang pegi dinner kat Jimbaran. Dinner kat Jimbaran ni pun salah satu a must kalo pegi Bali. Pak Joni bilang tidak sempurna tripnya ke Bali kalo tidak dinner di Jimbaran 😁
Dia punya attraction adalah candle light dinner kat tepi pantai. Sambil makan seafood, layan ombak yang besar-besar kat sini. Tapi makan kat sini mahal. Kitorang amik set yang paling murah dengan harga IDR850,000 (tak termasuk service charge 21% ye). Itu set yang takde lobster & ketam tau. Kalo tambah 2 tu, berjuta-juta la jadinya.
Jagung bakar ni sedap. Ada rasa pedas-pedas skit 👍
Abis la Day 1. Balik hotel budak ni boleh berendam punya la lama dalam bath tub. Dah macam olaf jadinya.
Sambung ke next entry for Day 2.
No comments:
Post a Comment