20 May 2018

Premium Beautiful Expert Gathering 2018

Hai assalamualaikum 🌻

Gathering kami, Premium Beautiful Expert pada 12/5/2018 aritu agak special. Tujuan utama sebenarnya adalah sebagai satu majlis farewell untuk salah sorang Premium Beautiful Expert yang dapat transfer balik bekerja ke negeri kelahiran beliau di Sabah. Seronok kan bila dapat kerja di tempat kelahiran sendiri. Dekat dengan keluarga, mak, ayah, adik-beradik dan sedara mara yang lain.

Tujuan kedua adalah sebagai menyambut kedatangan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Yang menariknya, luncheon ni disertai juga oleh Premium Beautiful Expert dari Singapore. Haaa.. sampai ke Singapore coverage Premium Beautiful Expert dan Sahajidah Hai-O Marketing ni. Nanti akan ada jugak wakil Premium Beautiful Expert dari negara jiran kita yang lain iaitu Indonesia. SHOM ni dah bukak pasaran di Indonesia jugak. Dikenali sebagai PT Hai-O Indonesia. Stay tune for details about PT Hai-O Indonesia ni ye.


Ini lah kak Neng & Kak Noriz, Premium Beautiful Expert team dari Singapore.



Berbalik pada luncheon ni, makanan disaji oleh Chengkih Kitchen, Sherwood Hotel di Bangi Gateway.
Nasib baik terserempak dengan Tuan Halmie dalam Bangi Gateway tu, tak la sesat mencari lokasi luncheon tu. Sesat kalu, shopping baju raya la jawabnya dulu 😛


Haaa.. yang paling special gathering kali ni, our sifu CDM Haji Azlan Deraman joining us for the luncheon. Beliau yang dah berkecimpung dalam bisness SHOM di hampir 16 tahun yang lalu. Beliaulah pakar strategi, pakar motivasi dan menjadi tauladan kepada kami semua.

Sebelum makan, CDM Abang Lan memberikan kata-kata semangat dan keramat kat semua Premium Beautiful Expert ni. Memang kusyuk la kami dengar. Bisnes multi level marketing yang digelar oleh orang ramai ni sebenarnya adalah satu-satunya bisnes yang menjimatkan masa dan tenaga. Tapi result dia memang besar dan berbaloi. Dalam bisnes SHOM ni, semua para usahawan boleh dapat income dan jugak bonus yang besar, boleh dapat pangkat dan diraikan oleh syarikat dalam acara yang gilang-gemilang. Selain daripada tu, dapat jugak FREE trip dengan layanan VVIP yang dibuat oleh syarikat. Ada juga tabung kereta yang disediakan untuk usahawan-usahawan SHOM yang berjaya. Ramai dah jutawan-jutawan yang dilahirkan oleh SHOM ni. Semuanya adalah hasil daripada tunjuk dan ajar oleh para-para mentor seperti CDM Abg Lan, CDM Salleha Roslan dan mentor-mentor yang lain. 


 















Selesai pesanan dan santapan minda dari CDM Abg Lan, maka sesi makan-makan pulak. Sedap-sedap lauk-pauk yang disediakan. Ikan bakar & ayam bakar cicah air asam, gulai udang & kepah, ulam & sambal belacan. Uishhh memang sedap.


Masing-masing kusyuk makan. Walaupun masing-masing pakai baju dalam Premium Beautiful, makan tetap makan 😀

Selesai makan, kami Premium Beautiful Expert ni sekali lagi bertuah sebab isteri tercinta kepada CDM Haji Azlan Deraman, iaitu CDM Hajjah Siti Rohana sempat jugak datang ke gathering kami ni. CDM Kak Ana ni memang best kalo dengar dia buat sharing. Especially bab macam mana nak kurus. Dulu CDM Kak Ana ni berat dia 102kg. First time zati jumpa CDM Kak Ana di Dolomite Centre, masa tu badan beliau masih lagi berisi. Tapi sekarang berat dia dah capai 50kg. Meh tengok ni gambar beliau yang dulu dan sekarang.

















Beliau amalkan Shake Me, Min Kaffe dan pakai korset Premium Beautiful secara konsisten. Sempat beliau kongsikan tips nak kurus ni.

Orang pompuan kalo bab kurus memang suka la kan. Tambah pulak bila CDM Kak Ana yang bercerita, memang penuh semangat dan emosi. Teruja lah kami Premium Beautiful Expert ni, dapat tips dari CDM Kak Ana.

Selain tips kurus, CDM Kak Ana ni jugak pakar bab power close. Kalo dengar beliau bercerita pengalaman beliau mula-mula buat bisnes SHOM, memang menakjubkan. Meremang rasa bulu roma. Betapa dengan keinginan dan impian beliau yang kuat pada masa tu, beliau bersama suami (CDM Abg LAN) sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan yang mereka dapat sekarang ni. Apa yang mereka korbankan dulu, kesusahan yang mereka hadapi dulu, nikmatnya dah pun dikecapi sekarang. Bukan saje kejayaan dari segi wang ringgit, tapi keluarga dan anak-anak juga berjaya. Mereka menjadi idola dan kebanggan bagi anak-anak mereka sendiri. So impressed and millions of thanks for the sharing.


Lastly sebelum bersurai, dapat juga tapau balik kata-kata semangat dan dorongan dari CDM Salleha Roslan. Seorang CDM yang bersemangat, passionate dan bekerja keras untuk support anak-anak buahnya 😍


Terima kasih jugak buat BCDM Salina Salleh, my mentor yang selalu ada bagi sokongan dan tunjukajar untuk team Premium Beautiful Expert ni, walaupun berada di Melaka 😍

Love uols 💓💓💓


Salam Ramadhan 💓





No comments:

Post a Comment

Thera Vest - Vest terapi badan dari SHOM

  360 Thera Vest ni adalah salah satu revolusi dari jenama Premium Beautiful. Sebelum ni dah ada 360 Therapants, yang ini adalah pasangan di...