27 May 2018

Proven Success : Premium Beautiful Corset + Shake Me + Min Kaffe

Berjaya turunkan 10kg berat badan 😤


Ini memang real punya testimoni. Ingat lagi dalam bulan Mac 2017, first time zati jumpa CDM Siti Rohana Yusof (Kak Ana) ni kat class di Dolomite Centre. Masa tu memang badan beliau berisi seperti dalam gambar kat atas tu. Then baru-baru ni personally berjumpa lagi masa gathering sebelum nak puasa aritu, memang teruja tengok Kak Ana ni. Hilang lemak separuh badan. Magik sungguh.

Memang bukan senang nak turunkan berat badan sebenarnya. Tapi bukti yang depan mata zati ni proved that losing weight is not impossible.

Macam mana caranya?

Kak Ana amalkan pengambilan Shake Me setiap hari. Campur dengan separuh sachet Min Kaffe. Di samping tu kena jugak la jaga pemakanan yang lain. Banyakkan makan buah dan minum air kosong. Dan juga bersenam la sikit dalam 30 minit-1 jam sehari. On top of that, Kak Ana tak lekang dengan pakai korset Premium Beautiful. Semua ni kena buat dengan konsisten ye.


Sekarang mari kita tengok macam mana setiap produk SHOM yang Kak Ana ni amalkan boleh bantu beliau turunkan berat badan dengan jayanya.

SHAKE ME

Ia adalah sejenis minuman berasaskan protein soya. 3 ramuan utama Shake Me adalah Protein Soya, Garam Buluh dan L-Carnitine 'Ejen Pembakar lemak'. Dan konsep Shake Me ni adalah :



👉 Mineral - membekalkan mineral yang mencukupi semasa proses penurunan berat badan.

👉 Maintenance - bantu kawal dan maintain berat badan yang ideal.

👉 Metabolism - bantu tingkatkan metabolisme badan kita.

5 sebab mengapa protein merupakan pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan:

1)  penyerapan protein di dalam badan lebih konsisten menyebabkan badan "feel satisfied"

2)  kombinasi hidangan tinggi protein dengan karbohidrat (sayur-sayuran, ubi kentang) menghalang penyerapan gula dalam badan dengan agresif

3)  makanan yang tinggi protein merangsang pembakaran kalori dengan lebih tinggi dalam badan jika dibandingkan dengan lemak.

4) protein bertindak sebagai "fuels" (bahan api) untuk membakar lemak

5)  protein merupakan komponen utama dalam pembentukan dan pemulihan otot terutama semasa dan selepas beruskan, senaman ataupun aktiviti fizikal.


Istimewanya Shake Me ni adalah:

❤ Rendah kalori - hanya 90 kcal je
❤ Tinggi Protein dan Serat
❤ Sumber Calcium dan Magnesium
❤ Diperkaya dengan garam buluh, L-carnitine, vitamin dan mineral



Min Kaffe


Min Kaffe ni juga sesuai untuk pengamal diet sebab sangat baik untuk proses detoks dalam badan dan menjadikan perut rasa kenyang lebih lama.

Kopi Garam Buluh ni juga sebagai energy booster dan seeloknya diambil waktu sarapan pagi. Boleh kasi energy sepanjang hari.

Ramuan utama:

Kopi Robusta
Garam buluh

Keberkesanan:

❤ Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
❤ Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
❤ Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
❤ Melegakan tekanan.


Kalau dibancuh Shake Me & Min Kaffe ni rasanya macam mocha. Lagi sedap kalau disejukkan. Umpama iced mocha giteww 😁

Korset Premium Beautiful

Untuk luaran pulak, korset Premium Beautiful ni sangat membantu. Peranan dia besar dalam mengawal pemakanan kita dan jugak re-shape badan kita.


Bila Premium Beautiful ni melekap kat badan, semua lelemak dialihkan ke tempat yang sepatutnya dan ianya akan berada di kedudukan yang betul. So mana-mana part yang nampak gelebeh sebelum ni semuanya jadi kemas dan terletak je.

Kak Ana pesan, bila time makan, jangan pulak bukak korset ni. Maunya non-stop pulak kita makan, sedap je 😁

Satu lagi cara Premium Beautiful ni membantu untuk melangsingkan badan adalah dengan adanya FIR kat korset Premium Beautiful tu.

FIR tu secara aktifnya menembusi kulit badan kita dan membakar lelemak yang termampat tu. FIR jugak boleh meningkatkan kadar metabolism badan. Cekap dalam penghantaran nutrien dalam badan dan membuang toksin dalam badan kita.

Menarikkan formula hilangkan lemak separuh badan Kak Ana ni.

Kalau dah tertarik tu, cepat-cepat contact zati untuk dapatkan pakej lengkap langsingkan badan ni.
Contact Zati 013-3333446 untuk dapatkan harga kasih sayang yang sangat menarik 💗





20 May 2018

Travelog by Premium Beautiful Expert - Bali 2018 - Day 2.. continue

Hai uols 😀

Entry ni adalah untuk sambungan cerita Zati ke Bali bulan hujung April 2018 aritu. Sambungan untuk hari ke-2.

Lepas minum kopi luwak (not me but my asben 😁), perjalanan diteruskan ke Tegallalang Rice Terrace. Ini adalah kawasan sawah padi yang bertingkat-tingkat di Ubud. Setiap terrace tu kecik je sebenarnya. Sangat unik.

Ni je gambar yang ada kat kawasan sawah padi ni. Sebab masa keluar dari kereta, si Isaac ni dah terjatuh, luka sikit lutut & betis dia. So takde la nak turun sampai ke bawah tu.



Kat bawah tu pun sebenarnya ada swing/buaian sebagai tourists attraction. Sebab kawasan ni berbukit, jadi sesuai la buat swing tu, amik-amik gambar. Cantik pemandangan sini sebenarnya.

Sepanjang jalan ni ada kedai-kedai jual cenderahati & arts Bali dan juga kedai-kedai minum. Jeling-jeling je tengok barang kat sini 😀


Seterusnya daripada sini kitorang menuju pulak ke Air Terjun Tegenungan.


Best je nampaknya air terjun tu. Tapi nak turun ke bawah tu agak jauh jugak. Bila tengok anak tangga yang bertingkek-tingkek tu, maka hasrat nak turun ke bawah tu terus hilang 😝 Ramai yang mandi bawah tu especially tourists.

 

Muka masing-masing nampak comot je masa ni. Dah penat sebenarnya 😀

Kat sini pun banyak jugak gerai-gerai makan & cenderahati. Barang yang dijual pun sama je kat mana-mana tempat. So simpan dulu duit ye Zati 😬

Hari pun dah hampir malam. Perut kena diisi. Masa ni memang dah terasa lapar.

Sebelum balik ke hotel, Pak Joni bawak ke restoran Warung Nasi Tempong Bu Indra. Restoran di area Kuta.




Makanan sini macam ayam penyet jugak. Beda nya sayur nya direbus. Tu kata Pak Joni 😊
Ramai orang kat restoran ni. Orang tempatan pun ramai, tourists pun ramai. So for sure la sedap kan.



Zati order ikan talapia goreng, yang lelaki 3 orang lagi tu order ayam goreng. And kopi hitam adalah wajib. Sini panggil kopi hitam kalo nak kopi O 😁


Here they are.. bismillah


Sambal dia fuhhhh mengancam sungguh. Keluar abis air mata & air hidung bila makan. Pedas.. Cuma hari tu tempe goreng dah abis. Makan untuk kat situ untuk 4 orang dalam IDR 750k. Truly recommended restoran ni kalo uols datang Bali.

That's the end of Day 2. Esoknya sambung aktiviti lain pulak. Stay tune 😘

Premium Beautiful Expert Gathering 2018

Hai assalamualaikum 🌻

Gathering kami, Premium Beautiful Expert pada 12/5/2018 aritu agak special. Tujuan utama sebenarnya adalah sebagai satu majlis farewell untuk salah sorang Premium Beautiful Expert yang dapat transfer balik bekerja ke negeri kelahiran beliau di Sabah. Seronok kan bila dapat kerja di tempat kelahiran sendiri. Dekat dengan keluarga, mak, ayah, adik-beradik dan sedara mara yang lain.

Tujuan kedua adalah sebagai menyambut kedatangan bulan yang mulia bulan Ramadhan. Yang menariknya, luncheon ni disertai juga oleh Premium Beautiful Expert dari Singapore. Haaa.. sampai ke Singapore coverage Premium Beautiful Expert dan Sahajidah Hai-O Marketing ni. Nanti akan ada jugak wakil Premium Beautiful Expert dari negara jiran kita yang lain iaitu Indonesia. SHOM ni dah bukak pasaran di Indonesia jugak. Dikenali sebagai PT Hai-O Indonesia. Stay tune for details about PT Hai-O Indonesia ni ye.


Ini lah kak Neng & Kak Noriz, Premium Beautiful Expert team dari Singapore.



Berbalik pada luncheon ni, makanan disaji oleh Chengkih Kitchen, Sherwood Hotel di Bangi Gateway.
Nasib baik terserempak dengan Tuan Halmie dalam Bangi Gateway tu, tak la sesat mencari lokasi luncheon tu. Sesat kalu, shopping baju raya la jawabnya dulu 😛


Haaa.. yang paling special gathering kali ni, our sifu CDM Haji Azlan Deraman joining us for the luncheon. Beliau yang dah berkecimpung dalam bisness SHOM di hampir 16 tahun yang lalu. Beliaulah pakar strategi, pakar motivasi dan menjadi tauladan kepada kami semua.

Sebelum makan, CDM Abang Lan memberikan kata-kata semangat dan keramat kat semua Premium Beautiful Expert ni. Memang kusyuk la kami dengar. Bisnes multi level marketing yang digelar oleh orang ramai ni sebenarnya adalah satu-satunya bisnes yang menjimatkan masa dan tenaga. Tapi result dia memang besar dan berbaloi. Dalam bisnes SHOM ni, semua para usahawan boleh dapat income dan jugak bonus yang besar, boleh dapat pangkat dan diraikan oleh syarikat dalam acara yang gilang-gemilang. Selain daripada tu, dapat jugak FREE trip dengan layanan VVIP yang dibuat oleh syarikat. Ada juga tabung kereta yang disediakan untuk usahawan-usahawan SHOM yang berjaya. Ramai dah jutawan-jutawan yang dilahirkan oleh SHOM ni. Semuanya adalah hasil daripada tunjuk dan ajar oleh para-para mentor seperti CDM Abg Lan, CDM Salleha Roslan dan mentor-mentor yang lain. 


 















Selesai pesanan dan santapan minda dari CDM Abg Lan, maka sesi makan-makan pulak. Sedap-sedap lauk-pauk yang disediakan. Ikan bakar & ayam bakar cicah air asam, gulai udang & kepah, ulam & sambal belacan. Uishhh memang sedap.


Masing-masing kusyuk makan. Walaupun masing-masing pakai baju dalam Premium Beautiful, makan tetap makan 😀

Selesai makan, kami Premium Beautiful Expert ni sekali lagi bertuah sebab isteri tercinta kepada CDM Haji Azlan Deraman, iaitu CDM Hajjah Siti Rohana sempat jugak datang ke gathering kami ni. CDM Kak Ana ni memang best kalo dengar dia buat sharing. Especially bab macam mana nak kurus. Dulu CDM Kak Ana ni berat dia 102kg. First time zati jumpa CDM Kak Ana di Dolomite Centre, masa tu badan beliau masih lagi berisi. Tapi sekarang berat dia dah capai 50kg. Meh tengok ni gambar beliau yang dulu dan sekarang.

















Beliau amalkan Shake Me, Min Kaffe dan pakai korset Premium Beautiful secara konsisten. Sempat beliau kongsikan tips nak kurus ni.

Orang pompuan kalo bab kurus memang suka la kan. Tambah pulak bila CDM Kak Ana yang bercerita, memang penuh semangat dan emosi. Teruja lah kami Premium Beautiful Expert ni, dapat tips dari CDM Kak Ana.

Selain tips kurus, CDM Kak Ana ni jugak pakar bab power close. Kalo dengar beliau bercerita pengalaman beliau mula-mula buat bisnes SHOM, memang menakjubkan. Meremang rasa bulu roma. Betapa dengan keinginan dan impian beliau yang kuat pada masa tu, beliau bersama suami (CDM Abg LAN) sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan yang mereka dapat sekarang ni. Apa yang mereka korbankan dulu, kesusahan yang mereka hadapi dulu, nikmatnya dah pun dikecapi sekarang. Bukan saje kejayaan dari segi wang ringgit, tapi keluarga dan anak-anak juga berjaya. Mereka menjadi idola dan kebanggan bagi anak-anak mereka sendiri. So impressed and millions of thanks for the sharing.


Lastly sebelum bersurai, dapat juga tapau balik kata-kata semangat dan dorongan dari CDM Salleha Roslan. Seorang CDM yang bersemangat, passionate dan bekerja keras untuk support anak-anak buahnya 😍


Terima kasih jugak buat BCDM Salina Salleh, my mentor yang selalu ada bagi sokongan dan tunjukajar untuk team Premium Beautiful Expert ni, walaupun berada di Melaka 😍

Love uols 💓💓💓


Salam Ramadhan 💓





7 May 2018

Travelog by Premium Beautiful Expert - Bali 2018 - Day 2


Hai dearie.. first of all thank you sudi baca travelog Bali Zati ni. Ni nak sambung cerita untuk Day 2 kat Bali. Entry kali ni panjang skit, sebab banyak aktiviti 😍

Day 2 - seawal jam 8.30am kitorang dah keluar hotel. Waktu kat sini sama je macam kat Malaysia, tapi masuk waktu sembahyang awal. Subuh dalam pukul 5am macam tu. Cepat.



1st destination adalah ke Barong Dance. Entrance fee untuk show ni adalah IDR100,000 per pax. Barong Dance ni mengisahkan pergaduhan antara kuasa baik dan jahat yang menggunakan black magic.

Storyline dia, frankly speaking sangat boring. Dah la apa yang performer tu cakap tak paham, pastu banyak sangat watak.





Dah bosan sebenarnya ni 😬

Nak body melentik & slim macam dancer ni, pakai korset Premium Beautiful 😍 (kena la selit jugak Premium Beautiful kan)



Sebab dah bosan, kitorang keluar je walaupun show tak abis lagi.

Next destination Pak Joni bawak ke kilang pembuatan Silver and Gold.

Semua pembuatan aksesori daripada silver & gold ni adalah hand-made dan unik.








Masuk ke ruangan pameran, maka terbelilah silver ring ni. Tapi en somi yang bayo, thank you Yang 💓


  
Lepas daripada tempat ni, menuju la kitorang ke kilang pembuatan batik pulak. Tapi masuk sekejap je sebab dulu dah pegi dah tempat ni. Bawak Isaac pun dia tak appreciate pun benda-benda ni.

Next is activity lasak sikit. Kitorang bagitau kat Pak Joni tu nak main ATV. So dia bawak la ke Green Bali Adventure ni.

Bayaran dia adalah lebih kurang IDR2,000,000. Rate dia sebenarnya dalam USD. 'Tapi bapak dari Malaysia, jadinya saya bagi harga rupiah', katanya 😁

Harga tu untuk 1 setengah jam perjalanan masuk kawasan kampung, sawah, alur sungai dan laluan yang penuh lumpur buatan sendiri. Termasuk juga sewa boot, locker, lunch dan jugak lepas abis main tu boleh mandi kalo nak.



Sebagai permulaan, praktis dulu pusing-pusing kat tempat parking. As a 1st timer, bawak ATV ni memang rasa berat. Sebab tempat tekan minyak dia kat handle tu. Bukan macam motor main pulas-pulas, tapi tekan dengan ibu jari. Tertekan kuat, berdesup nanti peginya.




Sepanjang perjalanan tu ada sorang guide di depan. Kemudian Zati, then en somi dengan Isaac. Suspen ooo.. tambah la Zati tak pernah bawak motor sebelum ni. Basikal tu tau la 😜





Ni dah masuk ke jalan kampung. Lepas tu masuk ke alur sungai. Laluan dia turun bukit yang agak menjunam skit. Guide tu suruh dekatkan tayar depan ATV Zati ni ke tayar belakang dia. So dia je yang control ATV tu. Nak elakkan jatuh tertonggeng ke depan la tu kot 😜 Dorang kat belakang tu ok je. Ye la en somi dah biasa bawak motor. Tau la dia macam mana nak control.




Last-last dorang pulak terlekat dalam sungai tu 😁



Lepas daripada sungai ni, masuk kawasan sawah. Best je scenary dia, tapi takleh nak enjoy the view sangat sebab focus nak control ATV tu je 😄

Cuaca panas tapi berangin. Dalam hati abis la sunburn muka. Muka cuma tepek Day Cream Infinence je yang ada SPF30. 

Trek lepas ni masuk lumpur pulak. Aduihhh.. dah la pakai seluar putih. Abis la kotor. Sebenarnya memang Pak Joni dah pesan bawak extra baju & seluar untuk aktiviti arini. Kalo kotor boleh tukar.







Ni trek lumpur yang paling dalam. Masa ni dalam hati kata abis la seluar aku 😥



Abis main lumpur, kitorang rehat sekejap. Kat tempat rehat ni ada buaian, syok la Isaac 😁



Bila dah hilang penat, maka kitorang balik la ke pangkal jalan. Nasib baik tak lalu jalan masuk sungai tu lagi hehe.

Dah sampai base, tukar seluar. Alhamdulillah tak banyak sangat kena air lumpur. Pastu kitorang lunch. Dorang sediakan sandwich telur & fries. Sambil makan, pilih gambar mana yang kita nak. Ofkos la kena bayar 😉


Tengah syok pilih gambar, tengok-tengok semua makanan Zati abis dirembat dek Isaac. Tinggal sayur je kat kita huhu. Lapar betul la tu. 

Nasib baik la tak lapar sangat pun. Breakfast pagi tu dah makan 3 keping roti & Min Kaffe, my favorite coffee 😍 So perut tak lapar sangat la pun.



Seterusnya kitorang ke destinasi kopi luwak, atau dikenali dengan kopi taik musang. Ada yang kata kopi ni bukan najis sebab bila musang tu makan biji kopi tu, yang keluar daripada saluran najis musang  tu adalah biji kopi tu masih dalam keadaan yang sama. Means tak hancur macam taik la. So bab ni, tak berani nak komen apa-apa. Wallualam.


























INi sample kopi & teh yang dibuat di sini.
Paling best Ginger Tea dia. Terasa pedas halia dia tu. Sample ni FOC 😀

I
Ini dia kopi luwak, served with kerepek pisang & ubi keledek. Secawan IDR50,000.



En Suami, Isaac & Pak Joni



Another attraction kat tempat kopi luwak ni ada disediakan buaian. Kena bayar la kalo nak naik. Since Isaac kecik lagi, dia naik je la buaian yang free ni. Tu pun dah seronok sangat dia sampai taknak stop. Yang berbayo tu memang menarik la sebab tempat dia atas bukit skit. Tinggi.



Next destination adalah Tegallalang Rice Terraces dan Air Terjun Tegenungan. Itu dalam next entry ye, sebab rasa dah panjang sangat entry yang ni 😉
So stay tune ye.

Thera Vest - Vest terapi badan dari SHOM

  360 Thera Vest ni adalah salah satu revolusi dari jenama Premium Beautiful. Sebelum ni dah ada 360 Therapants, yang ini adalah pasangan di...